
Anonymous
5 tahun
Anxiety Disorder - Betul ke saya ada Anxiety Disorder?
Saya wanita berumur 18 tahun. 2 minggu lepas saya lapor diri n daftar untuk sambung belajar di Politeknik Metro Kuantan. Ada orientasi untuk seminggu, pada hari pertama saya rasa nervous yang sangat extreme, dan kami ada main satu game iaitu Explorace. Dibahagikan dalam group. Saya, dan 6 orang lagi. Semua tengah rushing nak dapatkan checkpoint dan saya ditinggalkan seorang belakang. Kami asyik berulang alik daripada tingkat 1 ke tingkat 6 melalui tangga. Saya rasa sesak dada, rasa susah nak bernafas. Akhirnya saya pergi ke bilik facilities untuk menyatakan yang saya rasa kurang sihat. Tapi suara saya tenggelam n tak boleh keluar. Pada masa tu, saya bernafas dengan cepat, hingga sakit dada, dan tanpa saya sedar, air mata saya mengalir, dan semua otot saya rasa tegang dan saya tak boleh nak berjalan. Saya juga takut dengan sekeliling, takut dengan orang, atau bercakap dengan orang. Benda ini berlaku sangat kerap, boleh dikatakan hari-hari semasa saya di Politeknik. Sekarang saya sudah berhenti belajar di Politeknik atas sebab tertentu. Tapi saya masih rasa takut dan nervous. Saya pernah rasa macamni ketika saya berumur 13 tahun.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Terima kasih.