Sulit
4 tahun
Anxiety Disorder dan Jenis-Jenisnya
Saya berusia 18 tahun… sejak akhir akhir ini saya sering berasa down dan agak murung… Ketika saya berusia 16 tahun saya telah menjalani ujian DASS di sekolah oleh guru kaunseling… ternyata kesihatan mental saya agak teruk… ramai rakan saya menegur tentang sikap saya yang jauh berubah. Saya agak mudah terasa dengan sesuatu perkara… Saya sering merasakan diri saya tidak berguna☺️ apakah penjelasan doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan anda yang sering berasa down, murung, dan sering berasa diri tidak berguna.
Untuk makluman anda. gejala-gejala tersebut, merupakan salah satu dari gejala psikologi yang sangat perlu diberi perhatian kerana ia boleh menandakan masalah kesihatan mental yang lazimnya memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- kesedihan yang berterusan
- hilang minat untuk melakukan sesuatu
- perasaan cemas atau sukar untuk tidur
- perasaan takut atau ingin mencederakan diri sendiri
Namun berdasarkan hasil penilaian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) anda yang dikatakan agak teruk, oleh itu, gejala anda juga boleh disebabkan gangguan psikiatri yang lebih serius dan sangat memerlukan rawatan doktor dengan kadar segera, seperti
- gangguan depresi (baca: clinical depression)
- gangguan fobia yang lain (i.e. agrofobia, fobia sosial, dll.)
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
Buat masa ini, anda juga perlu berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk bantuan.
Tambahan lagi anda juga boleh meluahkan perkara-perkara yang sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan pada doktor kami secara langsung di atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























