
Sulit
4 tahun
Anxiety disorder
saya perempuan berumur 15,saya rasa saya mempunyai anxiety disorder dan saya ingin tau jika penyakit anxiety ini ada ubatnya tersendiri?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda.
Masalah “Anxiety Disorder” secara umumnya, adalah penyakit yang memerlukan penilaian dan rawatan khusus yang berterusan oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teurk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.