
Sulit
5 tahun
Apa itu tumor marker
Anak sy berumur 19 thn. Dia period mula dr umur 12 thn hingga 18 thn, periodnya tidak consistent. 2 ke 3 bulan sekali. Mula dr awal thn ini, period dia consistent tiap2 bulan tp 2 bulan (bln 9 & bln 10) ini, period dia dtg 2 kali sebulan. Scan yg dibuat mengatakan mungkin ada ketumbuhan & tidak tahu apa benda itu. Minta penerangan jelas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks (Kebiasaannya, pada usia muda ketumbuhan yang dikenali sebagai fibroid boleh memberi gejala yang anak anda hadapi. Ketumbuhan ini bukan sejenis kanser dan hanya memerlukan rawatan pil hormon atau pembedahan jika terlalu besar)
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan scan yang anak anda jalani tanpat laporan keputusan scan tersebut.
Tumor marker ialah penanda biologi yang digunakan untuk membantu mendiagnos kanser. Namun, ia sendiri tidak boleh digunakan untuk mengdiagnos kanser kerana tidak begitu tepat. Biopsi boleh digunakan untuk mengenalpasti ketumbuhan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih