
Sulit
4 tahun
Apa itu usus tersumbat
Saya lelaki berumur 21 tahun ingin mengetahui apa itu usus tersumbat dan penyebabnya. Adakah usus tersumbat boleh menyebabkan penyakit appendiks terjadi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan soalan anda, usus tersumbat boleh terjadi apabila usus kecil besar separa tersumbat atau tersumbat sepenuhnya. Sumbatan ini menghalang makanan, cecair dan gas daripada bergerak melalui usus dalam arah yang normal/ sepatutnya. Ia juga menyebabkan gejala kesakitan yang datang dan pergi.
Terdapat beberapa penyebab terjadinya usus tersumbat, antaranya ialah:
- Penyakit Crohn: dinding usus menebal, dan menjadi sempit
- Pembedahan abdomen atau pelvik: usus melekat – usus tersumbat paling lazim
- Kanser pada abdomen: terutama sekiranya anda pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan abdomen atau radiotherapy
Berkenaan pertanyaan tentang penyakit appendiks, usus tersumbat boleh menjadi komplikasi sekiranya appendiks yang pecah (akibat keradangan) tidak dibedah. Selain itu, apendik yang pecah akan menyebabkan demam yang tinggi, sakit di bahagian abdomen yang sangat teruk serta renjatan septik.
Hindari usus tersumbat dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih