
Sulit
4 tahun
Apa kegunaan folic asid
Sya hamil 11 mnggu perlu kah syaengambil folic asid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang folic acid.
Untuk makluman anda, folic acid wajib diambil ketika anda hamil malahan sebelum anda hamil bagi mengelakkan penyakit kecacatan sistem saraf kepada bayi anda. Ketika awal kandungan, pembentukan bayi adalah sangat cepat dan waktu inilah anda perlu mengambil folic acid dalam dos yang ditetapkan.
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) folic acid setiap hari pada trimester pertama kehamilan. Selain ubatan tablet, folic acid juga boleh didapati dalam makanan harian tetapi hanya dalam jumlah yang kecil, makanan ini termasuklah:
- Bayam
- Brokolo
- Telur
- Kacang bendi
- Betik
- Ikan salmon
Saya sangat menasihatkan anda untuk mengambil folic acid bagi mencegah kecacatan yang tidak diingini. Anda boleh dapatkan folic acid di klinik atau di farmasi berdekatan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.