
yooku78
4 tahun
Apa kegunaan ubat pantium.40?
Saya lelaki berumur 41thn,sy ada sakit gastric lebih dark 10 thun,sejak akhir2 ni sakit datang dgn kerap Dan diberikan oleh hosptl ubat Pantium.40,soalan saya,ada tak kesan sampingan ubat ni sbap bila sy makan ubat ni,telinga sy rasa mcm berdengung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat Pantium adalah merupakan sejenis ubat golongan proton pump inhibitor yang berfungsi menurunkan pengeluaran asid perut. Justeru, ia digunakan dalam merawat:
- ulser perut dan duodenum
- refluks esofagus
Setiap ubat mempunyai kesan sampingan sendiri. Antara kesan sampingan pengambilan ubat Pantium adalah:
• Sakit kepala
• Cirit-birit
• Mual. kembung
• Gatal
• Pening
• Kemurungan
• Penglihatan terjejas
Memandangkan telinga berdengung bukanlah salah satu kesan sampingan ubat ini. maka dikhuatiri dengung timbul akibat masalah lain, antaranya:
- external otitis : keradangan telinga luar
- otomycosis : jangkitan kulat
- contact dermatitis : sejenis keradangan kulit
- chronic suppurative otitis media : akibat jangkitan lama
- carcinoma of the ear canal : sejenis kanser
- psoriasis : penyakit kulit autoimun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.