
Sulit
5 tahun
Apa kesan jika ter ambil ubat panadol yang packing nya terkoyak?
Saya tertelan panadol extend yang dah terkoyak packing nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, anda tidak disarankan untuk mengambil ubat jika kotak packingnya telah terkoyak kerana dikhuatiri ubat tersebut telah tercemar atau telah berubah komposisi bahannya. Namun begitu, jika anda telah terambil ubat ini, anda tidak perlu berasa terlalu risau, sila dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala seperti sakit perut, muntah atau gejala-gejala lain yang membimbangkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.