
Sulit
4 tahun
Apa maksud kantung kosong
Assalammualaikum selamat pagi . saya Ida brumur 25 tahun . saya cuma nak tahu apa maksud kantung kosong?? adakah hamil 6 minggu masih xnampak kantung atau dah nampak kantung tapi tiada bayi?? sebab saya ada buat usg untuk 6 minggu hamil … tp alhamdulilah nampak kantung … lagi 2 minggu doktor minta saya datang untuk usg jantung bayi …

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi iaitu kantung janin kosong. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti umur anda dan aktiviti harian anda. Kantung kosong boleh bermaksud doktor masih tidak boleh melihat janin itu dengan lebih jelas kerana tempoh anda hamil masih lagi awal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.