
Sulit
4 tahun
Apa penyebab kurang selera makan?
Hallo dok. Saya ingin bertanya, apa penyebab selera menurun sangat teruk dan tidak merasa lapar seharian sehingga badan menjadi kurus mendadak? Adik saya tidak mempunyai selera makan. Contohnya dia mau makan ayam goreng, bila sudah d masak dia makan sedikit sahaja. Dia tidak berselera. Selain itu, dia makan hanya sekali sehari dalam kuantiti yang sedikit sangat tapi tidak makan lagi. Kadangkala seharian tidak lapr dan tidak makan. Apakah puncanya? Adakah dia menghidap sebarang penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kurang selera makan.
Untuk makluman anda, masalah kurang selera makan boleh terjadi akibat:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Saya tidak boleh menyimpulkan kondisi adik anda kerana persoalan yang lebih lanjut perlu diambil kira. Sekiranya adik anda mengalami gejala lain seperti dibawah, sila berjumpa dengan doktor :
- Turun berat badan mendadak dalam masa sebulan
- Pengsan
- Pucat
- Demam
- Perubahan sikap
Dapatkan pemakanan yang sihat untuk tubuh yang cergas !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.