
Sulit
4 tahun
Apa perlu saya buat?
Hai doctor
First period 13.2.2021
Until 18.2.2021
21.2.2021 bersama suami
Ada kemungkinan tak saya pregnant
Btw tak ready lagi nak mengandung

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umum perlu mengetahui bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Justeru itu, bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.