
Sulit
5 tahun
Apa punca kerap membuang air kecil
Doc, saya nak tanya… Lately nie saya kerap sangat membuang air kecil… Setiap kali saya membuang saya lawas, bukan seperti kencing kotor… Tapi bila siang hari saya memang sangat kerap buang air kecil… Apa puncanya doc??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang pada saluran buah pinggang ataupun pundi kencing
- Kecederaan atau keradangan pada saluran kencing
- Kompresi/tekanan daripada ketumbuhan organ lain sekitar organ perkumuhan
- Kerosakan pada saraf kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.