
Haziq
6 tahun
Apa sebab ketuat dan bagaimana merawat?
saya mempunyai 3 ketul ketuat kelamin. bagaimana cara rawatan dan sebab terjadi ketuat

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Ketuat kelamin adalah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan disebabkan oleh sejenis virus iaitu “Human Papillomavirus” (HPV).
Anda boleh mendapatkan ketuat kelamin daripada bersentuhan dengan kulit dengan seseorang yang dijangkiti, ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut. Ketuat kelamin boleh disebarkan walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj atau dubur dan tanpa berlakunya ejakulasi. Ia mungkin juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi ketika kelahiran melalui faraj, tetapi ini jarang berlaku.
Ketuat yang tidak menyebabkan apa-apa ketidakselesaan mungkin tidak memerlukan rawatan. Tetapi jika ia menyebabkan kegatalan, rasa membakar dan kesakitan, rawatan lanjut boleh diberikan. Namun begitu, risiko ketuat berulang adalah tinggi selepas rawatan. Bagi jangkitan virus itu sendiri, masih tiada rawatan lagi untuk menyembuhnya. Ketuat kelamin boleh dirawat menggunakan ubat sapu seperti imiquimod, podophyllin, podofilox, asid trichloroacetic dan sinecatechins. Ketuat juga boleh dibuang melalui teknik-teknik seperti pembekuan dengan cecair nitrogen, penggunaan arus elektrik, pembedahan dan rawatan laser.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ketuat kelamin ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang biasanya disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia merebak melalu hubungan seks (vagina, oral, dubur) atau dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar.
Kebanyakan orang tidak akan mendapatkan rawatan untuk ketuat kerana ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Hal ini kerana tanpa rawatan ketumbuhan itu boleh hilang tetapi virus itu masih berada di kulit anda. Ini boleh menyebabkan ia tumbuh di tempat lain dan merebak ke pasangan anda. Ia juga boleh menyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Terdapat beberapa alternative untuk merawat ketuat. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan ubat topikal khas dinamakan krim Imiquimod yang boleh disapu pada ketuat. Jika ketuat besar, doktor akan membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen yang dinamakan cryotherapy.