
ninayusof96
4 tahun
Apabila Sakit Time Period
Assalamualaikum… Saya berumur 23 tahun… Setiap Kali period Mesti Terasa AMat Sakit… Terutama Hari Pertama Period…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Terima kasih.