Anonymous
3 tahun
Apakah cara atau langkah langkah yg perlu diambil untuk hamil
Assalamualaikum dn salam sejahtera… sy wanita 30an ingin bertanyakan pd doktor… sudah hampir 1 thn usia perkahwinan sy. Namun usaha utk sy mengandung masih belum mendapat hasil yg postif … watku persenyawaan yg paling tepat utk menghasilkan telur yg baik adalah waktu bila? Setiap bln mcm² cara sy ikut untk mendapatkan hasil yg positif. Namu masih gagal. Cara pemakanan jga sy dh makan mcm² supliment cth accid folic , vitamin multivitamin, vitamin c dan blackmore prociv care . Dan adakah pasangan kita perlu sama² untuk mengambil vitamin² seperti sy?
Bolehkah doktor membantu sy untuk penerangan drngan lebih lanjut untuk hamil…
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kehamilan wanita termasuk:
- Gangguan hormon
- Penggunaan kontraseptif
- Tekanan emosi
- Perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit organ wanita seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Waktu persenyawaan yang paling efektif adalah kira-kira 2 minggu selepas haid berakhir. Namun begitu anda masih perlu mengenalpasti keadaan kitaran haid anda. Suami juga perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.