zamaniyusoff
6 tahun
Apakah GERD dan bagaimana rawatannya? Adakah memerlukan antibiotik?
Saya adalah seorang lelaki berumur 41 tahun. Saya adalah pengidap gastrik sejak 2014. Sejak masuk bulan Syawal tahun 2019 perut saya sangat meragam dan sakit. Adakah gastrik bertukar GERD?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gastritis adalah kondisi yang mana terdapat peradangan pada lapisan perut, sedangkan gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah kondisi yang mana acid perut naik ke esophagus dan menyebabkan peradangan lapisan esophagus.
Biasanya kedua penyakit ini akan didiagnosis oleh dokter anda setelah dilakukan prosedur endoscopy. Semasa prosedur itu juga, sedikit sampel dari bahagian perut anda akan diambil dan dilakukan pemeriksaan laboratorium yang bersesuaian. Sekiranya pemeriksaan mendapatkan hasil adanya jangkitan, maka anda akan diberikan ubat antibiotik yang sesuai dengan jangkitan tersebut.
Sekiranya anda merasakan gejala semakin memberat, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi daripada doktor anda. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang tuan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























