
rusdyamran
5 tahun
Apakah ini sintom covid 19
saya berumur 34,saya merasakan kepala berat,dada dan dan belakang punggung terasa panas,tekak kering,kekadang bulu roma naik, kekadang kaki sejuk,badan pon kekadang sejuk.saya dah pergi clinik 2 kali,dokter cakap nak demam demam sikit je.dokter bagi ubat tahan sakit, antibiotik,ubat demam,dan tekak sakit.sy pekerja contraktor.tp saya ada buat keje atas atap time panas tak minum air sikit je. apakah itu penyebab nya dokter tolong pencerahan atau saya kena cek pergi hospital untuk ujian covid 19. terima kasih dokter itu sahaja

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah demam boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- bekerja keras dan terdedah pada kepanasan
- radang sinus
- demam denggi (lebih-lebih lagi jika terdapat kes denggi di kawasan rumah anda)
- keradangan
- radang pharynx
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini