Sulit
2 tahun
Apakah kesan vaksin kepada perokok dan apakah langkahlangkah yang perlu diambil sebelum dan selepas divaksin?
Assalamualaikum dan selamat malam para doktor , bapak saya seorang perokok yang boleh dikatakan tegar . Barubaru ini dipanggil untuk menerima suntikan vaksin yang pertama. Apakah kesan sampingan yang mungkin dihadapi beliau dan langkahlangkah yang perlu bapa saya ambil sebelum dan selepas divaksin? Thankyou so much doctors
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Walaikumussalam, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai vaksin yang akan diambil oleh ayah anda unuk memberikan nasihat yang tepat, oleh itu kami akan menjawab soalan ini secara umum. Kebiasaanya, merokok tidak menjadi satu kontraindikasi untuk pengambilan vaksin, namum kebanyakkan perokok mempunyai imuniti badan yang lebih rendah berbanding orang yang tidak merokok dan ini boleh menyebabkan mereka lebih cenderung kepada kesan sampingan vaksin.
Bagi vaksin Covid-19, semua orang perlu mengambil vaksin tersebut kecuali individu yang mempunyai alahan teruk terhadap ubat-ubatan. Antara kesan sampingan vaksin Covid-19 yang biasa dilihat ialah :
- Demam menggigil
- Sakit kepala
- Batuk
- Sakit otot dan sendi
- Sakit tekak
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Namun, kesan sampingan ini boleh dilihat sebagai satu indikasi yang vaksin yang diambil berkesan dan tidak perlu dirisaukan kerana ia akan reda selepas beberapa hari. Kami menyaranan anak untuk merujuk kepada doktor supaya tahap kesihatan ayah anda dapat dinilai sebelum mengambil vaksin.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini