Sulit
4 tahun
Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya pengidap thyroid (hypertyhroid)mengambil ubat atau suppliment tambahan untuk badan
Saya remaja wanita yang berumur 18 tahun. Saya menghidap thyroid(hyperthyroid) pada tahun ini (2020). Saya ingin mengambil ubatan atau suppliment kesihatan untuk mengubati masalah sembelit saya. Jika saya mengambil ubat atau suppliment tersebut adakah ia akan memberi kesan kepada saya dengan keadaan saya yang mengidap penyakit thyroid ini? Saya telah mencuba banyak cara untuk menghilangkan rasa sembelit ini. Antaranya makan buah-buahan , sayuran dan minum air yang banyak tetapi ia tidak berapa kesan dengan saya kerana dengan keadaan saya yang tinggal di asrama yang susah untuk dapatkan bekalan buahan dan sayuran yang yang diperlukan oleh saya. Oleh itu, dengan inisiatif yang ada saya ingin mengbil ubat yang mana fungsinya untuk menghilangkan rasa sembelit ini. Kerana saya tidak dpat mengnanggun rasa sembelit saya ini. Oleh itu, adakah perlu saya ambil ubatan atau suppliment tersebut dan apakah kesan sekiranya saya mengambil ubatan atau suppliment tersebut? Saya mohon agar doctor dapat membantu saya dan saya memohon maaf sekiranya saya telah menganggu doctor. Saya harap doctor dapat membantu saya kerana saya amat takut dengan keadaan saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sembelit yang dihadapi. Lazimnya,hipertiroid akan menyebabkan aktiviti badan lebih aktif daripada biasa. Ini termasuklah proses pencernaan. Maka, sembilit bukan simptom lazim berlaku kepada pesakit hipertiroid. Hal ini berkemungkinan berlaku apabila pesakit hipertiroid yang dirawat menjadikan mereka hipotiroid dan seterusnya menyebabkan sembelit.
Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui punca sebenar sembelit anda. Berikut merupakan antara sebab lain yang boleh menyebabkan sembelit:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Hanya dengan mengetahui punca masalah anda, rawatan yang seharusnya dapat diberikan. Oleh itu, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai ubat tambahan yang ingin anda ambil dan kesannya. Nasihat saya adalah untuk anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengetahui punca dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.