Sulit
5 tahun
Apakah maksud kuarintin 14 hari
Salam, apakah maksud kuarintin 14 hari, adakah selepas kita berada bersama org yg disahkan ada covid 19 atau macamana
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, mereka yang baru pulang dari negara yang teruk terjejas dengan wabak COVID-19 dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19 perlu kuarantinkan diri sekurang-kurangnya 14 hari samada bergejala ataupun tidak. Hal ini kerana, virus COVID-19 mempunyai tempoh inkubasi selama 14 hari dimana seseorang yang dijangkiti mungkin tidak sedar yang dia telah dijangkiti virus berkenaan kerana tidak mempunyai apa-apa gejala. Jadi, adalah penting untuk kuarantinkan diri dalam masa tempoh 14 hari.
Jika perlu, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































