
Sulit
3 tahun
Apakah mkn mee bihun sesuai untuk ibu hamil
Ibu hamil boleh tak mkn mee bihun

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang keadaan anda saat ini. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bihun merupakan makanan yang selamat dimakan sekiranya dimasak dengan kaedah dan bahan yang berkhasiat. Sebaliknya sebarang makanan yang tidak sihat tidak disarankan untuk makan sewaktu kehamilan bahkan bagi individu yang lain. Tambahan pula, tiada sebarang bahan yang boleh memudaratkan kandungan secara langsung melalui makanan ini.
Namun sila segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami
- Pening, mual & muntah
- Sakit kepala atau pitam
- Gangguan perdarahan
- Gangguan peningkatan berat badan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan & kehamilan anda, Kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.