
Sulit
5 tahun
Apakah penyebab upt memberi jawapan yg salah
Saya nak Tanya betul ke kehamilan kembar mampu menyebabkan upt memberi jawapan yang salah seperti negatif

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kehamilan kembar pada kebiasaannya memberikan keputusan ujian UPT yang positif dan juga boleh menyebabkan keputusan negatif akibat hormon yang dibaca terlalu tinggi. Antara sebab-sebab lain kepada ujian UPT negatif terhadap seseorang adalah seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Sekiranya anda mempunyai soalan lebih lanjut mengenai keputusan ujian kehamilan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.