Sulit
3 tahun
Apakah perbezaan serangan jantung dan serangan gastrik
saya kadang2 akan mengalami semput atau terganggu pernafasan khususnya apabila tersalah makan…
2. kadang2 terasa seperti dihiris pada sebelah kiri…apakah ianya gastrik atau masalah jantung
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, serangan jantung boleh terjadi dengan tanda-tanda seperti:
- Rasa dada tertekan
- Sakit dada yang merebak ke rahang, lengan kiri dan belakang badan
- Degupan jantung laju dan kesukaran untuk bernafas
Gastrik pula menyebabkan gejala seperti:
- Pedih ulu hati
- Loya
- Muntah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!