Anonymous

5 tahun

Apakah sakit yang saya hadapi ini?

Saya ingin tahu ciri penyakit kelamin sya ini…batang penis sedikit luka…jika lembab akn gatal…bilankering akan mengeras bahagian kulitnya dan terasa sptbkekejangan…sakit bila disentuh…mengelupas pada kepala zakar bila ia kering…terdapat benjolan urat2 dan sakit bila tersentuh urat itu…apakah ubat yg sesuai yee…tolong jelaskn

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat petang! terima kasih untuk soalan anda.

Berdasarkan simptom yang anda telah menyatakan, anda mungkin menghidap jangkitan sifilis ataupun herpes. Jangkitan sifilis disebabkan oleh Treponema pallidum. Jangkitan ini biasanya menunjukkan symptom secara berperingkat dan terdapat 3 peringkat untuk jangkitan ini. Pada peringkat satu, anda akan mengalami ulser pada bahagian kelamin. Ulser ini selalunya tidak sakit dan akan pulih dalam masa 3 hingga 6 minggu.

Pada peringkat dua, penghidap akan mengalami ruam pada bahagian zakar, dubur dan akhirnya meliputi seluruh tubuh anda termasuk telapak tangan dan tapak kaki anda. Pada peringkat terakhir, penghidap boleh mengalami kerosakkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi. Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Jika anda alah kepada ubat ini, anda akan dirawat dengan doxycycline, azithromycin atau ceftriaxone.

Bagi jangkitan herpes, ia disebabkan oleh Herpes simplex virus atau HSV. Terdapat 2 jenis virus herpes iaitu HSV-1 dan HSV-2. HSV-1 adalah virus yang boleh menyebabkan ulser pada bahagian mulut manakala HSV-2 menyebabkan ulser pada bahagian kelamin. Jangkitan ini boleh menyebabkan kesakitan semasa mengencing, gatal-gatal, demam, sakit kepala, keletihan dan kurang selera.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan di atas. Encik berkemungkinan menghidap penyakit kelamin yang berjangkit melalui seks dengan pasangan yang dijangkiti jangkitan seperti chlamydia, sifilis dan juga gonorrea ataupun merupakan jangkitan kulit.

Ia boleh merebak melalui hubungan seks tidak kira melaku vagina, dubur ataupun oral. Jika anda mengalami simptom seperti gatal-gatal, bengkak, kemerahan dan juga lendir dari zakar, saya sarankan agar anda bertemu dengan doktor kerana simptom-simptom ini menunjukkan jangkitan kuman seperti chlamydia, gonorrea dan sifilis. Jangkitan chlamydia boleh menyebabkan sakit, bengkak dan lendir pada zakar. Genital herpes pula memberikan simptom demam panas, kegatalan dan pembentukan ulser di zakar. Untuk gonorrea, berkemungkinan terdapat keluaran lendir yang bernanah dari zakar semasa kencing. Sifilis pula adalah kudis di bahagian zakar, tidak sakit dan kebiasaannya akan hilang tanpa rawatan.

Untuk kepastian, sila berjumpa doktor ataupun dapatkan ‘screening kit’ daripada farmasi. Doktor juga akan mengambil sampel daripada zakar, sampel darah dan air kencing dan hantarnya ke laboratori untuk kepastian diagnosis. Kemudian, doktor akan memberikan anda ubat antibiotik ataupun antiviral. Disebabkan jangkitan ini merebak melalui aktiviti seksual, anda dinasihatkan untuk berhenti seketika sehingga anda tiada sebarang jangkitan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)