
Sulit
4 tahun
Apakah simptom sesak nafas/asthma?
Hai Doc,sya wanita berumur 34tahun…saya nk kepastian adakah simptom yg saya alami skrg merupakan tanda awal asmtha/sesak nafas…sebulan lepas sya tiba2 mengalami sesak nafas…dada sya menjadi semput secara tiba-tiba…kadang2 ia berlaku di waktu Malam sehinggakan mengganggu waktu tidur saya.Adakalanya ia berlaku secara tiba-tiba terutamanya sekiranya sya berada di ruangan Yang agak sejuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sesak nafas atau susah bernafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.