Anonymous
7 tahun
Apakah simptom yang sedang saya alami
hi doktor, saya remaja perempuan berumur 23 tahun. saya tertanya tanya adakah saya ada simptom tourette pada diri saya. bermula dari usia linkungan 13-14 tahun. bila saya duduk diam, kadang kadang saya akan menggeleng gelengkan kepala saya sedikit macam menggigil. badan dan tangan juga kadang kadang macam menggigil secara tiba tiba tanpa saya nak. tapi ia tidaklag teruk sehingga tidak boleh dikawal. cuma sedikit tapi membuatkan org sekeliling saya perasan kadang kadang saya menggerakkan anggota badan saya tanpa saya nak. dalam masa yg sama bila saya rasa macam kepala saya start gerak gerak, nafas seakan pendek mcm kene nervous attack.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sindrom Tourette adalah gangguan yang menyebabkan pesakit tiba-tiba melakukan gerakan atau ucapan berulang yang tidak disengaja, yang disebut tic. Keadaan ini biasanya dimulai pada usia 2-15 tahun, dan lebih banyak terjadi pada anak laki-laki dibanding anak perempuan.
Gejala sindrom Tourette adalah tic. Tic dapat diklasifikasikan dalam beberapa jenis, iaitu:
- Motor tics, iaitu melakukan gerakan yang sama secara berulang.
- Vocal tics, iaitu membuat suara yang berulang.
Stres, cemas, kepenatan, atau sebaliknya terlalu bersemangat, boleh memperburuk tic.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





































