Anonymous
4 tahun
Apakah tanda awal kehamilan
Bdn Sy menunjukkan beberapa simptom atau tanda2 awal kehamilan tetapi apabila saya menggunakan pregnancy test, keputusan adalah negatif. masa period sy sebetulnya blum tiba, tarikh period dijangka 4 hari lg. Adakah peluang untuk sy hamil atau bacaan itu mmg tepat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negative.Anatarnya ialah:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih