
Mariam
6 tahun
Apakah umur yang sesuai untuk pembedahan tonsil?
Hi Doc, my second daughter ni umur 5 thn ada bengkak tonsil dan dr dkt KK suruh refer ENT operate tapi saya tak begitu setuju. Apakah umur yang sesuai utk bedah tonsil?

6 tahun
Salam. Terima kasih atas soalan anda.
Tonsilektomi, atau pembedahan untuk membuang tonsil, hanya akan dilakukan berdasarkan indikasi-indikasi di bawah sahaja:
- Jangkitan atau radang tonsil yang kronik atau berulangan
- Nanah peritonsilar
- Radang tonsil yang menyebabkan sawan
- Tonsil yang terlalu bengkak sehingga menyebabkan kesusahan untuk bernafas, kesusahan untuk menelan atau kesusahan bertutur
- Bengkak tonsil yang disyaki disebabkan oleh barah darah seperti lymphoma
Doktor di KK akan merujuk anak anda kepada klinik pakar ENT kerana anak anda telah disyaki telah memenuhi salah satu kriteria di atas. Namun demikian, pakar ENT akan menjalankan pemeriksaan dan ujian yang selanjutkan untuk memastikan sama ada anak anda betul-betul memerlukan pembedahan membuang tonsil.
Pembedahan membuang tonsil merupakan pembedahan yang selamat. Pembedahan ini adalah selamat dijalankan pada kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, malah golongan yang paling sering menjalankan pembedahan membuang tonsil adalah golongan kanak-kanak.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk persoalan anda. Apabila kita ada jangkitan dalam tekak, tonsil kita akan membengkak dan menjadi radang, dan sekarang kondisi ini dikenali sebagai radang tonsil.
Sekarang, untuk menjawab soalan anda. Saya harap yang anda faham bahawa doktor di klinik kesihatan tidak akan mencadangkan pembedahan pembuangan tonsil tanpa sebab yang kukuh. Terdapat beberapa indikasi untuk menjadi calon pembedahan tonsilektomi. Majoriti pembedahan tonsilektomi ini selalunya dilakukan untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas.
Indikasi yang pertama adalah jangkitan atau radang tonsil yang berulang kali atau kronik. Seterusnya, pesakit yang ada nanah peritonsilar ataupun pesakit yang mengalami radang tonsil yang menyebabkan sawan. Indikasi yang keempat adalah tonsil yang bengkak sehingga menyebabkan kesusahan pernafasan, bertutur dan menelan. Indikasi terakhir adalah bengkak tonsil yang disyaki disebabkan oleh barah darah.