
evannaocong256
5 tahun
Apakah yang berlaku sekiranya clitoris berasa sakit jika membuang air kecil
Sya wanita dan berumur 18 thun, jika sya ingin membuang air kecil di area clitoris terasa sangat pedih apabila membuang air kecil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran air kencing
- Kecederaan fizikal pada clitoris
- Penyakit kelamin
- Alahan pencuci wanita atau material seluar dalam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.