Sulit
4 tahun
Apekah Kesan sampingan iud
Sy nak tanya adekah dengan memakai perancang iud boleh mengganggu hormon wanita dan adekah ia boleh menyebabkan berat badan naik kulit muka kusam dan keluar whiteheadblckhead…adekah ini kesan2 dari pemakaian iud…kerana saya sebelum saya pakai iud berat badan tidak naik secara mendadak…kulit wajah xseteruk sekarang wlupon saya sudah buat rawatan kecantikan di spa2 msih sama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kesan sampingan IUD adalah seperti berikut:
- kitaran haid tidak teratur
- haid berlebihan atau berkurangan
- sindrom Premenstrual iaitu sakit pada pyu dara, kulit kusam, sakit kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.