
Anonymous
5 tahun
Apendixs dan kehamilan
Isteri sedang hamil 2 bulan dn doc sahkn mnghidapi apendixs.blh doc tergkn bgaimna prosedur yg akn dlkukan dn kesan kpda bayi dlm kndungan.adkah kndungan akn trjejas jka proses mmbuang apendixs dlkukan.atau sbaliknya.ada doc ckp jka pmbdhan mbuang apendixs dlakukan akn mnjejaskn kndungan trsebut.isteri jga mnglami batuk yg truk

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, doktor yang bertanggungjawab terhadap isteri tuan pastinya lebih arif. Masalah dan pembedahan berkaitan appendiks dilakukan oleh pakar bedah (General surgeon) dan dalam hal ini pakar bedah akan meminta pendapat pakar sakit puan (obstetrician & gynaecologist).
Pakar bedah berbeza menggunakan teknik pembedahan yang berbeza dan manfaat serta risiko sesuatu pembedahan akan dijelaskan oleh mereka. Hal seperti ini memerlukan penelitian dalam banyak aspek.
Anda dinasihatkan berbincang dengan pakar bedah sama atau anda boleh berjumpa pakar bedah lain untuk pandangan kedua.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.