
Anonymous
6 tahun
Appendix dan sakit dibahagian perut sebelah kanan
Selamat pagi doctor,saya wanita berumur 25tahun,mempunyai seorg anak berusia 5bulan,saya selalu sakit dibahagian perut saya disebelah kanan,Adakah itu tanda2 appendix?darah putih saya tinggi…saya buang air besar bedarah,keputihan saya pun berlebihan…sudah belarutan kira2 dua minggu lebih,masa saya melahirkan baby saya tidak secara normal sebab baby susah keluar,doctor buat keputusan scissor,saya nk thu ,adakah ia appendix atau effect sya bersalin.?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit perut belah kanan boleh disebabkan oleh beberapa punca:
- Ketidakhadaman
- Angin Perut
- Senggugut
- Radang Appendix
Jika anda mempunyai simptom seperti demam berpanjangan, mual dan muntah-muntah, sila dapatkan rawatan ke klinik atau hospital berdekatan. Dikhuatiri mungkin ianya berkaitan dengan hal kecemasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.