
suzanajafar67
5 tahun
Appendix yang berulang
Saya wanita berumur 52 tahun
Saya pernah menjalani pembedahan appendix semasa usia saya dalam lingkungan 26 - 30 tahun (saya tak ingat tahun yang sebenar)
Soalan saya, bolehkah appendix ini berulang kembali?
Sebab sekarang ini saya mengalami sakit di tempat yang sama, dalam keadaan yang sama.
Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, appendix merupakan satu organ yang terletak di sebelah kanan bawah usus. Keradangan appendix yang dikenali sebagai Appendicitis merupakan masalah yang dialami anda pada umur 26-30 tahun, selepas pembedahan dibuat untuk membuang appendix, ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah kerana organ ini sudah tiada.
Antara punca yang boleh menyebabkan gejala sakit ini adalah:
- Kebocoran tempat jahit di usus.
- Pelekatan tempat jahit ke organ sekitar.
- Masalah usus yang lain (ini memerlukan pemeriksaan dan ujian imbasan yang selanjutnya)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda seperti mengalami gejala sakit perut teramat, demam dan pendarahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.