
Sulit
5 tahun
Appointment dgn doktor
nenek saya berumur 77 tahun yg mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi. dlm masa terdekat ni, dia ada appointment utk check darah. bolehkah dia ke hospital utk berjumpa dgn doktor mengikut tarikh yg diberikan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Nenek anda boleh ke hospital untuk temu janji dengan doktor tetapi mesti disertai satu orang. Ini untuk mengingatkan nenek anda tentang langkah-langkah pencegahan yang harus diambil untuk mengelakkan potensi dijangkiti COVID-19. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, nenek anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.