
Sulit
4 tahun
Arahan Ubat tidak dibenarkan mengandung
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya sudah berkhawin. Saya ada mengambil vitamin yang di nasihatkan oleh Doktor supaya tidak boleh mengandung. Boleh saya tahu mengapakah jika ada arahan tersebut. Adakah saya tidak akan mengandung atau memudaratkan kesihatan saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, arahan seperti yang anda nyatakan adalah kerana ubat itu tidak sesuai untuk ibu mengandung dan boleh menyebabkan masalah pada bayi dalam kandungan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.