Sulit
5 tahun
Area luar bibir yang berair
Saya wanita berumur 29 tahun mengalami masalah bibir yg sensitif atau allergic. Kadang2 ia akan berair. Saya pernah berjumpa dengan doctor. Doctor suggest utk saya sapu vaseline or any other lipbalm. Baru2 ni saya ada terbaca mengenai cold sores di internet. Simptomnya hampir sama dengan masalah saya. Adakah saya terkena virus itu? Hampir setahun saya mengalami masalah ini.
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut seperti evaluasi keadaan kulit anda adalah diperlukan. Bagi rawatan seperti krim atau ubat-ubatan, perlulah berdasarkan punca yang menunjang masalah ini. Sekiranya masalah tetap tidak selesai, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































