
Sulit
4 tahun
Ari ari sangkut tak boleh keluar
hai doc.saya perempuan usia 23thn saya baru saja mengalami keguguran.janin dah keluar tapi ari ari bayi tak mau keluar sangkut macam mana cara keluarkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Prosedur dnc dibuat adalah untuk membersihkan rahim. Anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui cara terbaik untuk keluarkan janin dan ari-ari bai sepenuhnya. Selain daripada d&c terdapat juga pilihan ubatan untuk membuang janin sepenuhnya tetapi ia hanya diberikan atas preskripsi dan pertimbangan seorang doktor.
Antara komplikasi gugur tidak lengkap adalah
- pendarahan dan discaj melalui kemaluan berpanjangan
- jangkitan kuman
- risiko meningkat untuk mendapat ketumbuhan seperti choriocarcinoma pada jangka panjang
Apabila anda mengandung, atau mempunyai janin, hormon human chorionic gonadotrophin (HCG) akan meningkat, sekiranya masih ada di dalam rahim anda, peningkatan HCG ini mampu membuatkan anda berasa loya dan mual yang mungkin mengganggu aktiviti seharian anda.
Untuk menjawab masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.