
Sulit
4 tahun
Ari dan payudara sakit
Hi doktor …saya nak tanya sebulan selepas bulan 10 saya tak period mungkin sebab penukaran time period n then bulan 12 saya period balik awal bulan n then bulan 1 date sepatutnya saya period saya tak period n then this month lahh saya rasa bahagian ari2 saya kerap sakit dan bahagian payudara saya pon sakit…boleh saya tahu apa masalah yang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit payudara.
Untuk makluman anda, sakit payudara sering berlaku kepada wanita. Ia mungkin disebabkan oleh perkara serius ataupun tidak. Saya tidak boleh menyimpulkan keadaan anda tanpa pemeriksaan fizikal dilakukan. Di sini saya kongsikan sebab yang biasa berlakunya sakit payudara, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
punca kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara yang serius mahupun tidak. Antaranya adalah :
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.