
Sulit
4 tahun
Arthritis rheumatiod
Saya wanita berusia 33tahun…saya ingin bertanya kesan ubat methotrexate terhadap kehamilan…sebab saya baru merancang untuk mengandung tetapi doktor mengatakan kesan ubat tersebut akan menyebabkan kecacatan pada bayi.jadi saya mahukan pandangan lain yg jelas…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, methotrexate akan mengurangkan sistem immuniti dan mengurangkan asid folik. Asid folik memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi dalam kandungan. Jika mengambil methotrexate kecacatan boleh berlaku pada bayi dalam kandungan kerana kekurangan asid folik. Antara kecacatan yang boleh berlaku adalah:
- spina bifida
- encephalocele
- sumbing lelangit (cleft palate)
- hypertelorism
Methotrexate tidak patut di ambil bapa yang sedang ingin mencuba untuk mendapatkan anak juga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.