Sulit
5 tahun
Asid folic dan awal kehamilan
assalamualaikum…dalam mnggu ny saya rsa kurang selesa di bahagian perut,kalau nak period saya rsa juga x selesa juga di bahgian perut tetapi kejap sehaja…tapi 2 3 hari juga rsa xselesa then saya check guna upt tapi samar2…masa sya check tu lagi 4 hari nak period…setiap hari sya check guna upt then dari hari ke hari uopt makin terang sedikit berbanding hari pertama sya check…selepas tu hari period kemarin 22/1 saya check guna pregnancy test clear blue digital dan saya hamil 2-3 means dlm 4 mnggu mcm tu sya hamil… saya nak tanya kalau tidak keluar spotting darah adakah normal doc? sbb saya ada google kalau awal kehamilan mesti keluar spotting darah. terima kasih. saya baru kahwin bulan 12 2019,sebelum ny saya tak makan asid folic, tetapi bulan ny saya baru makan asid folic…tak pe ke doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, antara tanda kehamilan ialah:
- haid lewat
- sakit pada payu dara
- selera makan meningkat
- kerap membuang air kecil
- spotting
Untuk makluman anda, tidak semestinya anda akan mengalami semua tanda kehamilan. selain itu, ia boleh berlaku sewaktu 5 atau 6 minggu dan sepanjang kehamilan.
Bagi pengambilan asid folik, anda boleh mula mengambilnya setiap hari, iaitu 400microgram sekali sehari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























