Sulit
2 tahun
Asid folid dan duphastone
Hye doc…sekarang saya hamil 5minggu…boleh ke dalam masa sehari saya makan acid folid di waktu siang dan ubat kuatkan rahim(duphastone) di waktu malam…tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, secara umumnya tiada masalah untuk mengambil kedua-dua jenis ubat tersebut ketika hamil.
Namun, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang cara pengambil ubat tersebut. Disebabkan anda ingin mengambil ubat tersebut bagi menguatkan rahim atau mungkin mengelakkan keguguran, anda memerlukan maklumat lanjut daripada doktor yang memberi preskripsi ubat tersebut kepada anda kerana doktor tersebut lebih mengetahui sejarah kesihatan anda. Sila rujuk pada doktor tersebut. Oleh kerana anda hamil, kami menasihatkan anda agar tidak mengambil ubat sewenang-wenangnya seperti membeli di farmasi tanpa mendapatkan pandangan doktor yang mempunyai sejarah kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.