
Sulit
4 tahun
Asid reflux dan urine poblem
saya ada menghadapi masalah asid reflux…saya telah pergi klinik dan diberikan ubat omeprazole 20mg…selepas ambil ubat ini saya rasa semakin baik tapi kadang rasa ada sesuatu di bahagian tekak dan selepas ambil ubat ini kekerapan kencing saya berkurangan…hanya sekali atau 2 kali sahaja saya buang air kecil…apakah perubahan ini disebabkan oleh ubat tersebut atau ada sebab lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengathuan anda, ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan ringan seperti:
*Kembung perut
*Loya
*Sakit perut
*Muntah
*Insomnia
*Sakit kepala
*Cirit-birit
*Sembelit
Namun terdapat juga kesan sampingan yang jarang berlaku seperti:
*kerap kencing
*kencing berdarah
*hilang selera makan
*lenguh otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan kami, Terima Kasih