zailanrgklaman
6 tahun
Askum..saya nak Tanya Sy mengambil ubat respiredone.adakah kesan sampingan akan menyebabkan kerap kencing?
Saya lelaki berumur 30 tahun
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat Respiredone ini boleh menyebabkan gejala kerap kencing. Namun terdapat beberapa faktor lain juga yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing seperti:
- Penggunaan ubat diuretik (ubat darah tinggi) atau kafein
- Penyakit kencing manis
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengetepikan faktor-faktor diatas, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya kesemua ujian adalah negatif, maka barulah punca kerap kencing ini boleh ditujukan kepada ubat ini dan langkah yang bersesuaian seperti penukaran dos boleh dilakukan. Sekian


































