
Sulit
4 tahun
Asma, penat, sesak dada
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera utk docs smua. Tahun lepas bulan sept saya didapati menghidap asma, penat…tau pun setelah tak dapat tarik nafas dgn elok selama beberapa hari, then pegi klinik dekat dgn rumah. So doc tu syorkan buat rawatan pam wap tu…lepas tu, semua ok dan dia bagi tahu saya kena asma attack. Fast forward… dalam setahun ni, saya dah 5 kali kena attack, …setakat hari ni, attack hilang bila saya pakai inhaler…salbutamol. saya tak ambil apa apa pil rawatan harian. So, sekarang saya rasa semakin mudarat, dada sesak, berjalan kaki pun mengah, dan saya dapat tahu dari pembacaan saya, saya dlm kategori akut teruk, kronik yg perlukan ubat jenis pencegah dan kena ambil setiap hari,…inhaler salbutamol ni jenis melegakan, merawat… Jadi, saya nak mintak Docs punya saranan dan adakah betul apa yg saya baca, dan sekiranya betul, mana lebih baik utk ubat harian, jenis inhaler juga atau pil ??.. sila bantu saya…tq all

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah penyakit asma dan sesak nafas yang berlaku selama 1 tahun. Untuk maklukam anda, penyakit asma mempunyai tahap-tahap yang tertentu dan ia bergantung kepada kekerapan serangan yang dihadapi sepanjang penyakit tersebut serta kesan ia terhadap aktiviti harian anda.
Ia terbahagi kepada 4, iaitu:
- Intermittent (Sekejap-kejap)
- Mild persistent (Ringan tetapi berterusan)
- Moderate persistent (Sederhana tetapi berterusan)
- Sever persistent (Teruk dan berterusan)
Anda telah maklumkan bahawa anda menghadapi serangan pada setiap hari sehingga kini berikutan denga pengambilan langkah pencegahan secara harian. Ini sesuai untuk dikategorikan sebagai asma tahap dalam rangkaian Sederhana dan berterusan (Moderate Persistent) ataupun Teruk dan berterusan (Severe persistent). Berikut merupakan kriteria bagi moderate persistent:
- Serangan yang berlaku secara harian
- Terjaga pada waktu malam yang berlaku lebih dari 1 sekali seminggu
- Simptom yang mengehadkan sedikit pergerakan anda
- Penggunaan Inhaler salbutamol setiap hari.
Bagi tahap ‘teruk dan berterusan’, ia menyebabkan anda mengalami serangan sepanjang hari, terjaga waktu malam hampir setiap malam dan juga penggunaan inhaler sekerap beberapa kali sehari.
Sekiranya penggunaan salbutamol , iaitu ubat pembukaan salur nafas (Short-acting beta agonist - SABA) tidak dapat memberikan kelegaan yang mencukupi, kami sarankan anda untuk menukar ubat anda kepada LABA (Long-acting beta agonist) seperti Fluticasone dan Beclamethasone, ataupun menggunakan ubat mengawal keradangan salur nafas seperti Inhaled Corticosteroid (ICS) dengan dos yang rendah.
Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian mengenai tahap asma anda serta rawatan yang sesuai kerana mereka mempunyai informasi mengenai sejarah dan ujian kesihatan anda dengan lebih mendalam.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.