
Sulit
3 tahun
Asma selepas Vaksin
Saya wanita berumur 29 tahun dan saya mempunyai asma sejak berumur 10 tahun. Saya baru ambil vaksin covid smlm 8/8/21. Selepas ambik vaksin hidung saya ketat dan mempunyai kahak jenis hijau dan bila keluar jd kecil² bukan seketul. Saya mempunyai kahak lebih dr 1bulan.cuma selepas vaksin…dada saya lebih ketat dan hidung tersumbat selepas ambik vaksin serta rasa mcm nak demam. Adakah perlu saya makan ubat cair kahak atau hanya panadol…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini