
Sulit
4 tahun
Assalammualaikum, saya nk tanya mengenai keguguran
Saya wanita berumur 23 tahun, baru berkahwin dan juga mengandung 2 bulan… tetapi saya ada masalah keluarga, dan terpaksa gugurkan kandungan … boleh bagi cadangan tak doktor? Saya buntu… saya ada jumpa ubat mefigest, misoprostol, acid folic, ponstan & juga b complex… saya takut nk D&C… saya lebih Prefer makan ubat… ni first time… boleh tolong jawab tak doktor? Terima kasih ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keguguran kandungan ini adalah kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan atau mengunjungi individu yang tidak berlesen untuk menggugurkan anak. Ini adalah kerana kesihatan anda akan dijejaskan dan kesan sampingan akan berlaku yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Anda boleh berbincang dengan seorang kaunselor ataupun dengan keluarga anda untuk mencari jalan penyelesaian bagi membesarkan anak anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.