Sulit

3 tahun

Asyik sedih dan ketuk kepala kalau rasa nak sedih atau marah

saya wanita berumur 19. semasa sekolah menengah saya kerap sedih dan asyik diam dan bila marah saya kerap ketuk kepala banyak kali lepastu saya masuk kolej vokasional sebab saya fikir saya stress duduk rumah. kemudian saya ok balik, sekarang benda tu jadi balik, dulu semasa di asrama saya pernah mengelar tangan saya dengan shaver di asrama tapi tak dalam sangat dua kali rasa pernah buat. sekarang saya jadi balik macamtu bila dah kat rumah sebab covid saya jadi malas nak buat kerja, takde semangat, asyik sedih,hampir tiap malam saya nangis, dan marah pun saya asyik ketuk kepala sendiri banyak kali . dan kadang kadang saya terfikir yg saya takkan hidup sampai umur 20 tahun ke atas dan banyak kali saya fikir untuk cuba bunuh diri. saya tak pernah ckp dekat family saya sebab family saya pun ada masalah jugak , dan saya anak sulung . saya pun tak tahu nak luah kat sapa . saya banyak kali fikir saya nak bunuh diri je terus sebab takde dah rasa sedih semua sebab benda tu sedih tu dia dtg tiba tiba tengah duduk diam saya rasa sedih lepas saya menangis tapi tak tahu sebab apa saya nangis terperap dalam toilet je time mandi sebab taknak org nampak dan hampir setiap hari. sekarang ni saya tak tahu nak buat apa dah.doktor boleh tolong saya tak

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah gangguan emosi. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah berkaitan dengan emosi adalah sesuatu perkara yang tidak patut dipandang rendah. Masalah emosi yang tidak dirawat boleh menjejaskan kualiti hidup anda. Anda memaklumkan anda memikirkan tentang membunuh diri. Ini menandakan bahawa masalah emosi yang anda alami telah berpanjangan. Masalah emosi boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental ataupun masalah kesihatan fizikal. Antara punca-punca gangguan emosi adalah :

  • Masalah tiroid
  • Gangguan tekanan
  • Kemurungan
  • Keresahan
  • Bipolar mood disorder

Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada kaunsellor atau pakar yang bertauliah dengan kadar segera supaya masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh berhubung dengan dokor pakar kami secara atas talian untuk bantuan lanjut. Kami juga menyarankan anda untuk tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri anda.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Semoga anda tabah menghadapi cabaran ini.
Terima kasih.

Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

MyCareCov19

  • For emotional support
  • Government established
  • Email: mycarecov19@islam.gov.my
  • Language; Malay
  • Hotline: 03-8870 519/7527/7528

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.

matheus-ferrero-yfmjALh1S6s-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)