
Sulit
5 tahun
Athlete foot, kaki gatal-gatal
saya wanita… saya rasa saya kena athlete foot tp bukan sentiasa gatal. n x ada tanda2 seperti ruam gatal… kaki tiada apa-apa yang lain. adakah betul saya kena athlete foot?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda Athlete foot merpakan masalah yakni kaki seseorang dijangkiti dengan fungi. Simptom bagi sakit ini ialah, kemerah-merahan, kulit bersisik, kulit kering, ulser dan berasa gatal. Namun harus diingat bahawa seseorang tidak semestinya memiliki semua simptom untuk dikatakan memiliki sakit ini.
Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan serta sejarah sakit sebelum membuat konklusi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.