
Anonymous
5 tahun
Atopic eczema : flare up
Sy wanita 20 an mengalami masalah eczema, Naik ruam Satu badan, cuping telinga pon kena eczema, maybe sebab tersalah makan ikan sardin n ikan makerel Dalam tin. N Salah Satu faktor lain maybe sbb sy tertekan dengan tempat kerja n sekeliling. Sy baru2 ni Ada terjumpa buah goji Berry . n sy mmg pakai lotion minyak zaitun… perlu ke sy pergi hospital untuk mendapatkan tawaran sedangkan doktor kat sana bg benda yg Sama…lotion steroid n pelembap…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, eczema timbul seandainya anda terdedah kepada faktor-faktor alahan. Sekiranya anda dapat mengenalpasti dan menjauhi faktor-faktor alahan, gejala tidak akan timbul. Sebetulnya, memandangkan penyakit ini bersifat reaksi berulang terhadap masalah yang sama, maka ubatan yang diberikan juga adalah sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.