
Sulit
4 tahun
Austisme kanak-kanak
Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera. memandangkan sudah banyak saya membuat temujanji bersama doktor lain ke hospital, rata-rata temujanji saya ditolak atas sebab pandemik covid 19. Jadi disini saya minta jasa baik DoctorOnCall dan saya ingin tujukan beberapa soalan kepada doktor yang dihormati sekalian, saya merupakan pelajar dalam jurusan Early Childhood in Education. Untuk menyelesaikan tugasan saya dalam kursus pengesanan kanak-kanak berkeperluan khas ini, saya memerlukan maklumat sahih yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan pendidik di luar sana. soalan saya seperti di bawah:
1.penerangan ringkas tentang 3 jenis rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas (austisme)
2.penerangan ringkas tentang pendaftaran kad OKU
3.penerangan ringkas biodata doktor yang menjawab soalan tersebut.(hanya untuk tujuan bukti saya mendapatkan maklumat ini sahih daripada doktor).
sekian terima kasih,kerjasama doktor amat saya hargai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami anda ingin menanyakan beberapa perkara tersebut mengenai fakta-fakta berkenaan kanak-kanak berkerperluan khas. Untuk makluman anda, forum ini adalah bertujuan untuk memberi pendapat umum mengenai penyakit/kondisi yang dihadapi oleh masyarakat umum serta memberikan nasihat dan cadangan untuk mengatasinya.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami dari pihak DoctorOnCall amatlah berbesar hati untuk membantu anda dari segi tugasan anda.
Berikut merupakan jawapan untuk soalan anda:
- 3 jenis rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas, khusus nya Autism adalah berdasarkan pada perkara berikut, iaitu:
- Rawatan keperibadian dan kommunikasi. Sektor ini membantu kanak-kanak yang menghadapi autism dengan melatih mereka dari segi membina keperibadian yang normal dan seimbang, serta membantu mereka untuk mengamalkan kommunikasi asas dengan lancar. Ia terdiri daripada Discrete trial training, Speech therapy, Floortime, dan macam-macam lagi
- Rawatan melalui pengawalan permakanan, dimana pemakanan kanak-kanak istimewa akan dijaga dari segi pengambilan nutrisi dan khasiat yang diperlukan untuk mendapatkan tubuhbadan yang sihat. Selalunya, pesakit Autism berkait dengan masalah mendapatkan nutrisi yang kekurangan khususnya pada masalah tersebut.
- Rawatan melalui ubat-ubatan. Jika mengatakan mengenai ubat, terdapat tiada penawar untuk penyakit Autism. Namun, ubat-ubatan yang terlibat adalah terdiri daripada pengawalan simptom seperti serangan sawan, masalah memberi tumpuan, kegelisahan, depresi, dan juga masalah penderaan diri.
Kami tidak pasti mengenai informasi tersebut. Anda boleh rujuk pada link ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli merupakan seorang pegawai perubatan yang mempunyai pengalaman selama 7 tahun, dan merupakan graduan Ijazah Perubatan MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery) daripada University Kebangsaan Malaysia.